Apa itu gastrik? Mungkin masih ramai di antara kita yang belum jelas dengan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan sakit gastrik ini.

Istilah gastrik yang digunakan secara meluas di Malaysia ini sebenarnya merujuk kepada keadaan yang berpunca daripada radang pada lapisan dinding perut.

Sebenarnya, istilah medikal “gastrik” ini membawa maksud bahagian perut atau atau perkara yang berkaitan dengan perut.

Manakala istilah yang lebih tepat untuk masalah berkaitan perut pula adalah “gastritis”, namun kerana istilah “gastrik” telah digunakan secara meluas, orang ramai hanya menyebut “gastrik” sahaja apabila merujuk kepada “gastritis”.

Haa.. Nanti bila orang tanya apa itu gastrik, mudah dah la kan untuk anda jawab?

Masalah gastrik ini boleh berlaku kepada anda dalam dua jenis, iaitu gastrik akut dan gastrik kronik.

Gastrik akut bermaksud gastrik yang berlaku secara tiba-tiba, manakala gastrik kronik pula merupakan gastrik yang berlaku secara perlahan dari masa ke semasa.

Dalam sesetengah kes, gastrik yang tidak dirawat boleh membawa kepada komplikasi kesihatan yang lebih teruk seperti ulser perut dan meningkatkan risiko kanser perut.

Namun jangan terlalu bimbang, gastrik ini selalunya boleh dirawat dengan mudah dengan kaedah rawatan yang betul.

.

Apa Itu Gastrik – Punca Gastrik

.

Bila anda dah tahu apa itu gastrik, anda perlu faham pula apa punca gastrik. Gastrik ini pada asasnya berpunca daripada keradangan yang berlaku pada lapisan dinding perut.

Terdapat satu lapisan mukus pada lapisan dinding perut anda untuk melindunginya daripada asid pencernaan.

Jika lapisan perlindungan ini lemah atau mengalami kerosakan, ini akan membolehkan asid pencernaan merosakkan lapisan didsing perut dan menyebabkan keradangan atau inflamasi padanya.

Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko ia berlaku termasuk:

.

1. Jangkitan bakteria

.

Terdapat satu jenis bakteria yang biasa menjangkiti manusia di seluruh dunia iaitu Helicobacter pylori.

Namun, hanya sebilangan kecil mereka yang dijangkiti akan menunjukkan kesan gastrik atau masalah gastrousus atas.

Pakar mempercayai ini disebabkan beberapa faktor seperti kekuataan sistem imun badan, genetik dan gaya hidup.

.

2. Penggunaan ubat tahan sakit yang kerap

.

Ubat tahan sakit yang biasanya dikenali sebagai nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDS) seperti ibuprofen dan natrium naproxen boleh menjejaskan penghasilan bahan penting yang membentuk lapisan mukus pelindung pada dinding perut anda.

Kekurangan bahan ini akan menyebabkan lapisan mukus ini menipis dan lemah, seterusnya memudahkan asid pencernaan untuk merosakkan dinding perut anda.

.

3. Pengambilan alkohol berlebihan

.

Seperti yang ramai tahu, pengambilan alkohol berlebihan merupakan simbol gaya hidup yang buruk dan boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan termasuklah gastrik.

Ini kerana minuman alkohol boleh menipiskan lapisan pelindung mukus pada dinding perut, secara langsung mendedahkannya kepada hakisan asid pencernaan.

.

4. Usia yang meningkat

.

Orang yang lebih berumur mempunyai risiko gastrik yang lebih tinggi kerana lapisan dinding perut anda akan mudah menipis seiring dengan usia yang meningkat.

Warga tua juga lebih mudah mengalami masalah autoimun dan dijangkiti bakteria H. pylori.

.

5. Masalah autoimun

.

Masalah ini merupakan keadaan di mana sistem imun badan anda menyerang sel-sel badan.

Anda mudah mendapat gastrik jika sistem imun badan anda menyerang sel-sel lapisan perut anda dan menyebabkannya semakin lemah.

.

Baca Juga : Punca Gastrik Ramai Terlepas Pandang

.

Apa Itu Gastrik – Simptom Gastrik

.

Simptom gastrik adalah berbeza untuk setiap orang. Ada juga orang yang tidak menunjukkan sebarang simptom walaupun mereka mempunyai masalah gastrik.

Mungkin juga mereka tidak menyedari simptom ini kerana ia tidak memberikan kesan yang ketara kepada mereka.

Berikut adalah simptom yang biasa berlaku kepada penderita gastrik.

  • Rasa ketidakhadaman
  • Pedih ulu hati
  • Hilang selera
  • Sakit pada bahagian atas perut
  • Kembung perut
  • Muntah darah atau cecair berwarna gelap
  • Najis yang berwarna hitam

Jika anda mengalami simptom yang teruk, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut kerana dikhuatiri anda mengalami komplikasi kesihatan yang lebih buruk.

.

Apa Itu Gastrik – Rawatan Gastrik

.

Pada kebiasaannya, masalah gastrik boleh diatasi dengan mudah jika anda mengambil tindakan dengan cepat dan tidak membiarkan sakit melarat.

Antara rawatan yang boleh digunakan adalah:

.

1. Ubatan farmasi

.

Untuk mengatasi masalah gastrik dengan pantas dan berkesan, anda boleh menggunakan ubat farmasi seperti pantoprazole dan cimetidine yang datang dalam bentuk pil dan tablet.

Selain itu, terdapat juga ubat cecair magnesium trisilikat yang boleh membantu meneutralkan asid pencernaan dan melegakan inflamasi pada perut anda.

.

2. Rawatan di rumah

.

Anda juga boleh gunakan bahan-bahan yang ada di rumah anda untuk dijadikan penawar masalah gastrik secara tradisional.

Sebagai contoh, anda boleh minum campuran hirisan halia bersama air suam untuk membantu melegakan kesan gastrik kerana halia mempunyai sifat anti-radang dan anti-bakteria.

Madu juga boleh ditambah kerana ia boleh mengurangkan keradangan dan membuatkan air campuran itu lebih enak.

.

3. Jaga pemakanan

.

Sakit gastrik berpunca daripada perut, jadi anda perlulah kawal apa yang masuk ke dalamnya.

Antara diet yang anda perlu hindari adalah makanan yang pedas, makanan bergoreng yang berminyak, minuman manis berkarbonat, dan minuman beralkohol.

.

Kesimpulan Apa Itu Gastrik?

.

Gastrik boleh menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan yang mengganggu aktiviti harian serta tidur malam anda. Jadi, anda pastinya sangat perlukan kelegaan segera untuk masalah anda ini.

Kami ingin cadangkan anda untuk menggunakan Biosix5. Ia diperbuat 100% daripada bahan semulajadi dan anda tak perlu makan atau minum. Cukup sekadar sapu sahaja.

GAMBAR 

Untuk informasi lanjut mengenai Biosix5, anda boleh klik button di bawah.

.

Sekian sahaja perkongsian kami kali ini mengenai punca gastrik. Semoga ia memberi banyak manfaat untuk anda!

.

.