Gastrik angin dalam badan ni pula macam mana ye?

Mungkin ramai yang masih keliru dengan perihal gastrik angin ini.

Dalam perkongsian kali ini, kami akan bantu anda faham tentang gastrik angin dan memberikan penjelasan yang sebaik mungkin untuk hilangkan kekeliruan anda tentang gastrik angin.

Sebelum kita sentuh tentang gastrik angin, apa kata kami jelaskan dulu perkara yang paling asas iaitu maksud perkataan gastrik itu sendiri.

.

Maksud Gastrik

.

Kalau anda nak tahu, dari segi istilah perubatan, perkataan “gastrik” bermaksud perut atau perkara yang berkaitan perut.

Namun, bila anda dengar tentang “gastrik”, mesti anda terbayang tentang sakit atau masalah gastrik bukan?

Sebenarnya istilah perubatan yang lebih tepat adalah “gastritis”, di mana ia merujuk kepada masalah yang berkaitan perut.

Oleh kerana perkataan “gastrik” telah digunakan secara meluas di Malaysia untuk merujuk kepada “gastritis”, ia terus digunakan untuk mengelakkan salah faham kepada masyarakat umum.

Setakat ini anda dah faham maksud gastrik kan? 

Jadi apa pula yang dimaksudkan dengan gastrik angin?

Gastrik angin sebenarnya merujuk kepada simptom gastrik yang membuatkan perut anda kembung kerana pengumpulan udara dan gas dalam saluran pencernaan.

Ini boleh menyebabkan anda rasa “badan berangin” dan kerap sendawa serta buang angin.

Kadangkala, ia juga boleh menyebabkan anda terasa loya atau mual.

.

Punca Gastrik Angin Dalam Badan

.

Masalah gastrik merujuk kepada sebarang keadaan yang menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan akibat keradangan atau inflamasi pada lapisan perut.

Radang perut ini selalunya berlaku disebabkan hakisan asid pencernaan yang menyebabkan iritasi pada lapisan dinding perut anda.

Dinding perut anda sebenarnya mempunyai lapisan perlindungan yang terdiri daripada mukus untuk menghalang hakisan asid pencernaan.

Namun, hakisan masih boleh berlaku jika lapisan perlindungan mukus ini menipis atau terjejas. 

Ini boleh menyebabkan iritasi dan seterusnya inflamasi pada lapisan perut.

Antara faktor yang menyebabkan lapisan mukus ini terjejas adalah seperti berikut.

.

Baca Juga : Tanda Sakit Gastrik Angin Dan Cara Rawatannya

.

1. Jangkitan bakteria

.

Terdapat sejenis bakteria yang boleh menjangkiti lapisan perut anda melalui pengambilan makanan yang tercemar.

Bakteria jahat ini dipanggil sebagai Helicobacter pylori.

Ia membiak di lapisan perut dan menghasilkan sejenis bahan kimia yang berbahaya untuk lapisan mukus melindungi perut.

Menariknya, kebanyakan individu yang dijangkiti bakteria ini tidak menunjukkan sebarang kesan gastrik dan sebagainya.

Hanya sebilangan mereka yang dijangkiti akan mengalami masalah gastrik.

Pakar percaya bahawa ini dipengaruhi oleh ketahanan sistem imun badan, faktor genetik, dan usia.

.

2. Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs

.

Non-steroidal Anti-inflammatory Drugs (NSAIDs) atau ubat anti-radang bukan steroid boleh meningkatkan risiko gastrik jika diambil secara kerap dan berlebihan.

Ubat ini digunakan untuk melegkan kesakitan pada otot atau sendi dengan menghalang pembentukan prostaglandin yang menyebabkan rasa sakit.

Dalam masa yang sama, prostaglandin merupakan bahan penting yang membentuk lapisan mukus perut anda.

Oleh itu, pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs yang berterusan mungkin menyebabkan struktur lapisan mukus ini terganggu dan menjejaskan perlindungan dinding perut.

Lama kelamaan, lapisan mukus ini akan menipis dan mendedahkan dinding perut kepada hakisan asid pencernaan.

.

3. Minuman keras beralkohol

.

Kandungan dalam minuman beralkohol boleh menghakis lapisan mukus perlindungan perut dan menyebabkannya menipis.

Ini akan menyebabkan dinding perut mudah terkena hakisan asid pencernaan.

Minuman beralkohol juga adalah simbolik kepada gaya hidup yang tidak sihat kerana membawa banyak kesan negatif kepada kesihatan.

.

Rawatan Gastrik Angin Dalam Badan

.

Untuk mengatasi masalah gastrik angin, kami ingin sarankan anda untuk gunakan Biosix5 yang 100% diperbuat daripada bahan semulajadi.

Gastrik ANgin Dalam Badan

.

.

Ia juga sesuai digunakan untuk mengurangkan pedih ulu hati, sesak nafas dan juga membuang angin dalam badan.

Rasanya sampai di sini sahaja perkongsian kami pada kali ini mengenai gastrik angin dalam badan. 

Semoga info yang dikongsikan ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda.

.

.