Apa sebenarnya gastrik gerd? Nama orang ke?

Haa kalau anda nak tahu, GERD ini adalah singkatan untuk Gastroesophageal Reflux Disease, iaitu penyakit yang menyebabkan asid perut mengalir pada arah berlawanan (refluks) ke mulut anda melalui saluran esofagus.

Anda mungkin akan mengalami gejala seperti pedih ulu hati, ketidakhadaman, kesukaran menelan, rasa seperti makanan tersekat di tekak, dan masalah lain.

Refluks asid biasanya berlaku apabila injap yang berada di hujung esofagus anda tidak tertutup dengan sempurna apabila makanan masuk ke dalam perut.

Asid dari perut boleh mengalir keluar melalui esofagus dan mulut, membuatkan anda rasa sesuatu yang masam.

Kebanyakan orang akan mengalami refluks asid sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Ini adalah perkara yang normal.

Namun jika anda kerap mengalami refluks asid seperti dua kali seminggu untuk beberapa minggu, anda mungkin sedang mengalami GERD.

Masalah GERD ini harus diatasi secepat mungkin, bukan hanya untuk merawat simptom, malah untuk mengelakkan komplikasi yang lebih teruk.

.

Punca Gastrik GERD

.

Secara umumnya, GERD berpunca daripada kejadian refluks asid yang berlaku berulang kali.

Apabila anda menelan makanan, otot di bahagian bawah esofagus anda (sfingter esofagus bawah) akan mengendur untuk membenarkan makanan dan minuman mengalir masuk ke dalam perut. Kemudian otot ini akan tutup semula.

Jika otot sfingter ini tidak mengendur secara normal atau lemah, asid perut boleh mengalir keluar ke esofagus anda.

Kejadian refluks asid yang berterusan boleh merengsakan dinding esofagus anda, dan kebiasaannya akan menyebabkan keradangan.

Faktor risiko yang berikut boleh meningkatkan risiko anda menghidap GERD:

  • Obesiti
  • Hamil
  • Bahagian atas perut yang membonjol
  • Pengosongan perut yang lambat
  • Gangguan tisu penghubung

Faktor yang memburukkan masalah GERD pula termasuklah:

  • Merokok
  • Makan dengan banyak pada waktu malam
  • Makanan makanan yang berlemak atau makanan digoreng
  • Minum minuman beralkohol
  • Mengambil ubatan tertentu seperti aspirin

.

Baca Juga : Gastrik Angin Dalam Badan

.

Simptom Gastrik GERD

.

Simptom yang anda alami mungkin tidak akan sama dengan orang lain kerana setiap individu akan mengalami simptom yang berbeza.

Berikut merupakan simptom yang biasa berlaku pada mereka yang menghidap GERD.

  • Pedih ulu hati
  • Sering batuk
  • Makanan keluar semula melalui esofagus
  • Rasa makanan tersangkut di tekak
  • Mengalami kesukaran menelan makanan
  • Muntah-muntah
  • Sakit dada
  • Sakit atau kering tekak

Kanak-kanak dan bayi juga boleh mengalami simptom yang seakan-akan GERD seperti:

  • Muntah kecil yang kerap
  • Bayi yang banyak menangis dan tidak mahu makan
  • Masalah pernafasan
  • Kerap rasa sesuatu yang masam dalam mulut (asid) terutamanya ketika berbaring
  • Tekak serak
  • Rasa tercekik hingga menyebabkan terjaga tidur
  • Nafas berbau
  • Susah tidur selepas makan

.

Rawatan GERD

.

Pada masa kini, banyak ubatan dijual di kaunter farmasi yang dapat melegakan masalah GERD.

Ubatan kaunter ini juga mempunyai versi preskripsi juga andai kata ubatan kaunter biasa masih tidak memberi kelegaan kepada anda.

Antara ubatan biasa untuk merawat GERD termasuk:

.

1. Antasid

Antasid bertindak untuk meneutralkan asid perut yang mungkin menyebabkan keradangan pada dinding esofagus anda dan memberikan kelegaan yang cepat.

.

2. Penyekat reseptor H-2

.

Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan penghasilan asid perut supaya asid berlebihan tidak bocor keluar ke esofagus anda.

.

3. Perencat pam proton

.

Ia merupakan penyekat asid yang lebih kuat untuk mengurangkan kadar asid perut, dalam masa yang sama membantu dalam membaiki tisu esofagus yang rosak.

.

4. Baclofen

.

Ini adalah ubat preskripsi yang digunakan untuk mengurangkan pengenduran otot sfingter esofagus bawah yang menyebabkan refluks asid.

.

Baca Juga : Penawar Gastrik – Kesan Sepantas 7 Minit!

.

Rawatan Alternatif Gastrik Gerd

.

Jika anda inginkan penyelesaian untuk mengatasi masalah gastrik gerd dengan mudah, kami ingin syorkan anda Biosix5 yang diperbuat 100% daripada sumber semulajadi.

Gastrik Gerd

Hanya perlu sapu pada kawasan yang berkenaan, masalah gastrik anda boleh beransur pulih.

Bukan itu sahaja, produk ini juga boleh membantu mengurangkan pedih ulu hati, masalah sesak nafas, dan membuang angin dalam badan.

Sekian sahaja perkongsian kami pada kali ini mengenai gastrik gerd. Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda. Untuk info lanjut Biosix5, anda boleh klik button di bawah.

.

.

.