Gastrik bukanlah sesuatu yang anda boleh abaikan. Lebih-lebih lagi jika gastrik anda menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan yang boleh mengganggu aktiviti harian anda. Sebab itulah berbagai jenis bentuk penawar gastrik dicadangkan.

Walaupun masalah gastrik boleh diatasi dengan mudah menggunakan rawatan yang cepat dan sesuai, ia boleh membawa kepada komplikasi kesihatan yang lebih parah jika dibiarkan melarat.

Oleh itu, dalam artikel kali ini kami ingin kongsikan kepada anda beberapa penawar untuk anda atasi masalah gastrik anda.

Tapi sebelum itu, adakah anda tahu bagaimana sebenarnya gastrik boleh berlaku?

.

Punca Gastrik

.

Masalah gastrik merujuk kepada keadaan di mana lapisan perut anda mengalami keradangan atau inflamasi.

Biasanya radang perut berlaku apabila asid pencernaan menyebabkan iritasi berulang kali pada dinding perut.

Asalnya, dinding anda diselaputi satu lapisan mukus yang melindunginya daripada terkena hakisan asid pencernaan.

Namun lapisan mukus ini boleh menipis dan lemah, menyebabkan asid pencernaan mula mencecah dinding perut.

Seterusnya, hakisan pada dinding perut ini akan menyebabkan keradangan dan membuatkan anda rasa tidak selesa atau sakit.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan lapisan perlindungan mukus ini lemah.

Antara faktor yang biasa berlaku adalah jangkitan bakteria Helicobacter pylori yang boleh masuk ke dalam badan anda melalui makanan yang tercemar.

Bakteria ini membiak di lapisan perut dan menghasilkan sejenis bahan kimia yang boleh menipiskan lapisan mukus perut.

Selain itu, faktor berikut juga boleh melemahkan lapisan mukus yang melindungi dinding perut anda.

  • Ubat tahan sakit NSAIDs
  • Minuman keras beralkohol
  • Peningkatan usia
  • Masalah autoimun

Sekarang anda dah faham tentang bagaimana gastrik boleh berlaku kan?

.

Penawar Gastrik

.

Dalam senarai penawar gastrik ini, terdapat tiga cara utama yang boleh membantu anda mengawal dan merawat masalah gastrik anda.

Kami akan terangkan satu persatu.

.

1. Amalkan pemakanan mesra gastrik

.

Untuk anda yang mengalami masalah gastrik, sangat penting untuk anda kawal apa yang anda masukkan ke dalam perut.

Sesetengah jenis makanan boleh memburukkan keadaan dan menyebabkan masalah gastrik anda bertambah parah.

Antara menu yang anda perlu jauhi adalah seperti:

  • Makanan pedas
  • Minuman keras beralkohol
  • Makanan berminyak
  • Minuman berkafein seperti teh dan kopi
  • Jus buah yang manis
  • Produk tenusu

Sebaliknya, anda boleh mengambil makanan yang tidak menyebabkan tekanan pada perut anda dan membantu fungsi perut seperti:

  • Sayur-sayuran
  • Yogurt
  • Tauhu
  • Makanan rendah lemak
  • Roti gandum

.

Baca Juga : Resepi Makanan Untuk Pesakit Gastrik

.

2. Ubat-ubatan

.

Pelbagai ubat-ubatan boleh didapati di farmasi untuk merawat hampir semua masalah kesihatan termasuklah masalah gastrik.

Anda boleh dapatkan ubat untuk gastrik seperti aluminium hidroksida dan magnesium trisilikat untuk melegakan radang perut dengan pantas dan efektif.

Contoh ubat ini adalah Gaviscon yang bertindak sebagai antasid untuk meneutralkan asid dalam perut supaya ia tidak terus menghakis lapisan dinding perut.

Selain itu, anda juga boleh mengambil cimetidine dan pantoprazole yang boleh didapati dalam bentuk pil untuk merendahkan paras asid pencernaan.

.

3. Rawatan di rumah

.

Jika anda tidak gemar menggunakan ubat farmasi kerana risau dengan kesan sampingan bahan dalam ubat, anda boleh gunakan bahan-bahan semulajadi untuk merawat gastrik di rumah.

Contohnya, anda boleh minum air campuran madu untuk melegakan kesan gastrik kerana madu bersifat anti-radang dan anti-bakteria.

Selain itu, air campuran hirisan halia juga sesuai diminum kerana halia turut mempunyai sifat anti-radang dan anti-bakteria.

Anda juga boleh terus makan hirisan halia tersebut jika inginkan kesan yang lebih ketara.

.

Penawar Gastrik Alternatif

.

Anda boleh cuba lakukan mana-mana penawar gastrik yang disebutkan tadi mengikut kesesuaian anda untuk merawat gastrik.

Kami juga ingin kenalkan anda dengan Biosix5 yang diperbuat 100% daripada bahan semulajadi.

Penawar Gastrik

.

.

Produk ini bukan sahaja boleh melegakan kesan gastrik, malah mengatasi masalah pedih ulu hati, melancarkan pernafasan, dan membuang angin dalam badan.

Setakat ini sahaja perkongsian kami mengenai penawar gastrik pada kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberikan banyak manfaat kepada anda.

.

.