Sakit gastrik, iaitu satu keadaan di mana anda akan terasa sakit seperti terbakar atau pedih di bahagian abdomen sememangnya tidak disukai oleh sesiapa sahaja.

Ia boleh berlaku apabila lapisan dinding perut anda terjejas akibat hakisan asid penghadaman.

Dinding perut anda dilindungi oleh satu lapisan perlindungan yang terbuat daripada lendir atau mukus.

Jika lapisan ini menjadi semakin terhakis dan nipis, dinding perut anda akan lebih mudah terkesan dengan asid penghadaman.

.

Jenis Gastrik

.

Terdapat dua jenis gastrik yang boleh berlaku kepada anda iaitu gastrik akut dan gastrik kronik.

Gastrik akut merujuk kepada keradangan atau kesakitan yang teruk, datang secara tiba-tiba dan hilang tidak lama kemudian.

Gastrik kronik pula akan menyebabkan keradangan atau kesakitan yang berpanjangan dan boleh berlaku selama bertahun lamanya jika dibiarkan.

Terdapat beberapa punca yang boleh membawa kepada keadaan ini berlaku. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang punca, simptom dan rawatan untuk gastrik.

.

Punca Sakit Gastrik

.

Secara asasnya, lapisan mukus pelindung yang lemah akan memudahkan asid penghadaman untuk menghakis dinding perut dan menyebabkan kesakitan gastrik.

Sakit gastrik juga boleh berlaku disebabkan jangkitan bakteria helicobacter pylori yang boleh memberi kesan kepada sesetengah individu.

Berikut adalah penjelasan yang lebih teliti tentang punca gastrik:

.

a. Jangkitan bakteria

.

Seperti yang disebut tadi, terdapat sejenis bakteria yang boleh menjadi punca gastrik iaitu Helicobacter pylori.

Namun begitu, bakteria ini biasa didapati dalam kebanyakan individu ramai dan tidak memberi kesan gastrik kepada mereka.

Gastrik hanya berlaku kepada sebilangan kecil mereka yang dijangkiti bakteria ini, manakala yang lain tidak menunjukkan kesan gastrik.

Pakar percaya bahawa ini dipengaruhi oleh sistem ketahanan badan yang lemah terhadap bakteria ini dan juga faktor keturunan atau gaya hidup.

.

b. Pengambilan alkohol berlebihan

.

Minuman alkohol boleh menyebabkan hakisan dan kerosakan pada lapisan perlindungan dinding perut, justeru membuatkan dinding perut terdedah kepada asid penghadaman.

Alkohol juga merupakan simbolik bagi gaya hidup yang tidak sihat kerana mempunyai banyak keburukan yang lain.

.

c. Kerap menggunakan ubat tahan sakit

.

Penggunaan ubat tahan sakit seperti ibuprofen dan natrium naproxen boleh menyebabkan pengurangan dalam bahan penting yang membentuk lapisan perlindungan dinding perut anda.

Apabila bahan ini berkurang, lapisan pelindung ini juga akan menjadi lemah dan mendedahkan dinding perut anda kepada asid perut.

.

d. Usia tua

.

Semakin anda meningkat usia, semakin mudah untuk lapisan perut anda menipis dan ini akan meningkatkan risiko untuk anda mendapat gastrik.

Warga tua juga lebih berisiko untuk dijangkiti bakteria Helicobacter pylori dan mengalami masalah autoimun.

.

e. Masalah autoimun

.

Autoimun merujuk kepada keadaan di mana sistem imun menyerang sel-sel badan anda.

Jika sistem imun badan menyerang sel-sel lapisan perut anda, ini akan meningkatkan risiko untuk anda mendapat gastrik.

.

Simptom Sakit Gastrik

.

Dalam sesetengah kes, anda yang mempunyai sakit gastrik tidak menunjukkan sebarang simptom.

Tapi pada kebiasaannya, setiap individu akan mengalami simptom yang berbeza-beza bergantung kepada ketahanan badan masing-masing.

Antara simptom yang biasa dialami penghidap gastrik termasuk:

  • Muntah
  • Rasa ketidakhadaman
  • Kembung perut
  • Hilang selera makan
  • Sakit pada bahagian abdomen
  • Muntah darah atau cecair gelap
  • Najis berwarna hitam

.

Baca Juga : Pantang Larang Gastrik – Cegah Sebelum Parah!

.

Rawatan Gastrik

.

Gastrik biasanya boleh dirawat dengan mudah menerusi pengambilan ubat-ubatan yang boleh didapati daripada farmasi berdekatan anda.

Antaranya ialah:

.

a. Pantoprazole

.

Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan paras asid perut dengan merencatkan fungsi pam proton.

Ia merupakan sejenis Proton Pump Inhibitor atau Perencat Pam Proton dan boleh didapati dalam bentuk tablet.

.

b. Magnesium Trisilikat

.

Ubat ini datang dalam bentuk cecair yang diminum untuk melegakan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat gastrik.

Bahan dalam ubat ini dapat meneutralkan asid perut ketika gastrik menyerang dan memberikan kelegaan yang pantas

.

c. Cimetidine

.

Cimetidine ini datang dalam bentuk pil dan tablet yang memudahkan anda untuk menyimpan dan membawanya ke mana-mana.

Ia boleh diambil sebelum atau selepas makan bergantung kepada nasihat ahli farmasi anda.

.

Baca Juga : Cara Hilangkan Gastrik Sepantas 7 Minit!

.

Kesimpulan

.

Sesiapa sahaja yang mengalami gastrik pasti inginkan solusi yang cepat untuk menghilangkan sakit yang dialami.

Selain cara hilangkan gastrik yang disebut tadi, anda juga boleh cuba menggunakan Biosix5.

Sakit Gastrik

Produk ini 100% menggunakan semulajadi yang dapat melegakan bukan sahaja kesan gastrik, malah pedih ulu hati, sesak nafas dan angin dalam badan.

Cukup dengan sekadar roll-on dan tidak perlu untuk diminum atau dimakan. Untuk info lanjut, anda boleh KLIK BUTTON DIBAWAH.

Demikianlah perkongsian kami mengenai sakit gastrik untuk kali ini. Semoga bermanfaat!