Mungkin anda pernah dengar bahawa bila diserang gastrik ni, elok minum susu untuk melegakan kesakitan atau ketidakselesaan. Dari sinilah wujudnya carian susu untuk gastrik. Tapi betul ke?

Ya, memang betul susu boleh memberikan kelegaan ketika mengalami sakit gastrik.

Namun kelegaan ini hanyalah sementara sahaja, untuk jangka masa panjang pengambilan susu sebenarnya sangat tidak baik untuk gastrik anda.

Ini kerana susu akan merangsang penghasilan asid perut yang lebih tinggi dan menyebabkan simptom gastrik berlaku dengan lebih teruk.

Oleh itu, sebaiknya anda hindari sama sekali produk yang berasaskan tenusu jika anda mempunyai masalah gastrik.

Apa yang anda boleh buat jika anda ingin juga minum susu?

Terdapat beberapa alternatif untuk susu yang anda boleh minum dan ia didapati tidak memberi kesan kepada mereka yang mempunyai masalah gastrik atau GERD.

Teruskan membaca untuk mengetahui alternatif susu untuk gastrik yang akan kami kongsikan sebentar lagi.

.

Kenapa Pilih Alternatif Susu Untuk Gastrik?

.

Sebelum kami senaraikan susu alternatif, kami ingin menjelaskan dulu kenapa susu alternatif bukan produk tenusu ini menjadi pilihan sebahagian orang ramai.

Antara sebab utama alternatif susu tenusu menjadi pilihan mereka adalah kerana lactose intolerance atau intoleransi laktosa.

Laktosa adalah sejenis gula yang terdapat dalam susu dan produk tenusu yang lain, ia memerlukan sejenis enzim iaitu laktase untuk dicerna.

Mereka yang mengalami intoleransi laktosa tidak mampu untuk mencerna laktosa dengan baik kerana sistem penghadaman mereka tidak mempunyai laktase yang mencukupi atau tidak mempunyainya langsung.

Bagi sesetengah orang, menghindari susu boleh menjadi sesuatu yang sukar kerana banyak makanan yang berkhasiat akan mengandungi susu atau komponennya.

Susu juga merupakan sumber kepada pelbagai nutrien yang baik untuk kesihatan tubuh badan.

Tapi jangan bimbang, diet yang mempunyai laktosa terkawal mampu menyediakan nutrien yang diperlukan badan anda dengan mencukupi.

Berita baiknya, terdapat beberapa alternatif susu tenusu yang boleh anda dapati di pasaran untuk menggantikan nutrien tersebut.

.

Susu Alternatif Untuk Gastrik

.

1. Susu soya

.

Susu soya adalah antara susu alternatif yang terbaik untuk susu tenusu dan telah digunakan sejak turun temurun.

Kandungan khasiat susu alternatif ini adalah yang paling dekat dengan susu lembu dan ia juga paling banyak digunakan sebagai pengganti susu di kedai kopi.

Susu soya adalah sumber khasiat yang baik untuk thiamine, magnesium, dan riboflavin.

Namun begitu, walaupun ia menyediakan banyak nutrien dan mempunyai banyak kebaikan kesihatan, ia dipercayai boleh mendatangkan kesan sampingan jika diambil dengan terlalu banyak.

.

2. Susu untuk gastrik badam

.

Di samping rasanya yang enak dan boleh dinikmati terus dari gelas atau bersama bijirin sarapan, susu badam juga menyediakan pelbagai nutrien seperti magnesium, potasium, mangan, vitamin E, selenium, dan kalsium.

Walau bagaimanapun kandungan protein susu badam adalah lebih rendah berbanding susu lembu.

.

3. Susu oat

.

Susu oat mempunyai rasa dan tekstur yang ringan, membuatkan susu ini semakin banyak digemari.

Ia merupakan sumber yang baik untuk vitamin E, asid folik, dan beberapa mineral yang lain.

Namun jika anda mempunyai penyakit celiac iaitu sejenis penyakit alahan terhadap gluten, anda mungkin perlu mengelak daripada mengambil susu oat kerana ia belum pasti selamat untuk anda.

.

4. Susu untuk gastrik pelbagai bijirin

.

Susu ini enak rasanya, anda boleh minum begitu sahaja, atau diambil bersama bijirin sarapan.

Untuk mengoptimumkan rasa dan tempoh hayat susu ini, simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum membuka kotaknya.

.

5. Susu beras

.

Pada kebiasaannya, susu beras diperbuat daripada beras perang yang diperkaya dan ini menjadikannya sumber yang baik untuk kalsium dan vitamin D.

Kekurangannya ialah kandungan protein susu beras adalah lebih rendah berbanding susu lembu.

.

Alternatif Susu Untuk Gastrik

.

Walaupun susu lembu tidak sesuai diminum oleh anda yang menghidap masalah gastrik, anda boleh mencuba alternatif lain yang telah disenaraikan sebentar tadi.

Kami juga ingin mengesyorkan anda satu produk untuk mengatasi masalah gastrik iaitu Biosix5 yang diperbuat daripada seratus peratus bahan-bahan semulajadi.

.

Susu Untuk Gastrik

.

Hanya perlu sapu pada bahagian perut yang sakit dan in shaa Allah masalah gastrik anda akan beransur hilang.

Setakat ini sahaja perkongsian kami mengenai susu untuk gastrik pada kali ini. Semoga info susu alternatif ini dapat memberi banyak manfaat untuk anda.

Untuk info lanjut mengenai Biosix5, anda boleh klik button di bawah.

.