Dalam tak sedar, anda juga mungkin mempunyai masalah gastrik angin namun tidak menyedarinya kerana tanda sakit gastrik selalunya tidak terlalu ketara untuk sesetengah orang.

Terdapat sejenis bakteria yang dikenali sebagai Helicobacter pylori yang biasa menjangkiti ramai orang namun mereka tidak menunjukkan sebarang tanda atau komplikasi gastrik.

Hanya sebilangan kecil daripada mereka yang akan mengalami masalah gastrik.

Pengkaji mempercayai bahawa ini disebabkan ketahanan imun badan yang tidak mampu melawan jangkitan bakteria ini.

.

Punca Gastrik

.

Gastrik boleh disebabkan oleh beberapa punca.

Punca pertama ialah apabila lapisan dinding perut anda terhakis oleh asid pencernaan (asid gastrik).

Dinding perut anda dilindungi oleh satu lapisan pelindung mukus yang menghalang asid pencernaan daripada menghakisnya.

Apabila lapisan pelindung ini terjejas atau rosak, asid pencernaan boleh menyebabkan kerosakan padanya dan menyebabkan berlakunya keradangan.

Punca lain gastrik adalah disebabkan jangkitan bakteria H. pylori yang disebutkan tadi.

Individu yang tidak mempunyai ketahanan sistem imun badan untuk melawan jangkitan bakteria ini akan mengalami keradangan pada perut.

.

Baca Juga : Gastrik Angin – Punca, Simptom & Rawatan

.

Tanda Sakit Gastrik Angin

.

Seperti yang disebut tadi, sesetengah orang yang mempunyai gastrik kadangkala tidak menyedarinya kerana gejala yang kurang ketara.

Namun, ada juga antara mereka yang mengalami simptom-simptom yang ketara sehingga boleh menyebabkan kesakitan yang teruk pada bahagian perut.

Berikut adalah antara tanda gastrik angin yang mungkin anda alami ketika gastrik angin menyerang.

.

1. Kesakitan pada bahagian atas abdomen

.

Bahagian atas abdomen merupakan kawasan perut anda yang mengandungi asid pencernaan terletak.

Rasa sakit pada bahagian ini bermaksud lapisan dinding perut anda sudah terjejas samada akibat jangkitan bakteria atau hakisan asid pencernaan.

.

2. Tanda Sakit Gastrik Angin – Kembung Perut

.

Rasa tegang pada perut seperti dipenuhi angin juga mungkin menandakan bahawa tanda mempunyai gastrik angin.

Ini berlaku disebabkan asid berlebihan yang dihasilkan dalam perut anda bertindak balas dengan organ pencernaan dan menghasilkan gas atau angin.

Ini akan menyebabkan anda selalu rasa “badan berangin” dan selalu sendawa atau buang angin.

.

3. Tanda Sakit Gastrik Angin – Hilang Selera Makan

.

Sakit pada bahagian abdomen yang dialami mungkin akan menyebabkan anda hilang selera makan.

Apabila anda tidak makan pada masa yang betul, ini akan memburukkan lagi keadaan gastrik anda.

.

4. Loya dan Muntah

.

Gas atau asid berlebihan yang berada dalam perut anda mungkin akan membuatkan anda berasa mual atau loya, dan seterusnya menyebabkan muntah.

Muntah akibat gastrik angin kebiasaannya berwarna jernih, kuning kehijauan, dan mungkin juga beserta darah jika gastrik anda berada di tahap parah.

.

5. Badan Lemah

.

Badan anda tentunya akan berasa lemah setelah menahan kesakitan gastrik angin, ditambah pula dengan kurang makan serta kepenatan setelah loya dan muntah.

.

Apa Yang Boleh Dilakukan?

.

Sebenarnya kesan gastrik angin boleh diatasi dengan langkah-langkah yang mudah jika masih berada di tahap yang rendah.

.

  1. Ubatan farmasi

.

Cara yang paling mudah dan berkesan adalah dengan mengambil ubat yang boleh didapati dari farmasi berdekatan anda.

Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh digunakan untuk merawat kesan gastrik angin seperti magnesium trisilikat yang datang dalam bentuk ubat cecair. 

Ia boleh diminum terus untuk memberikan kelegaan segera daripada ketidakselesaan atau kesakitan yang disebabkan gastrik angin.

Selain itu, terdapat juga ubat seperti pantoprazole dan cimetidine yang boleh didapati dalam bentuk pil dan tablet, memudahkan anda untuk menyimpan dan membawanya ke mana-mana.

.

  1. Rawatan tradisional

.

Anda juga boleh merawat masalah gastrik angin dengan bahan-bahan yang boleh didapati di rumah anda.

Salah satu caranya ialah dengan menggunakan kunyit, madu dan kuning telur.

Mula-mula bersihkan kunyit dan kisar atau parut kunyit tersebut. Kemudian campurkan dengan air lalu ditapis.

Tambah tiga sudu madu lebah dan kuning telur. Amalkan minum campuran ini dua kali seminggu.

.

Alternatif Rawatan Sakit Gastrik Angin

.

Walaupun gastrik ini tidak memberi kesan yang serius kepada kebanyakan orang, namun ini bukan alasan untuk anda abaikan tanda sakit gastrik angin.

Kesihatan diri patut menjadi keutamaan dalam apa jua keadaan.

Anda boleh cuba produk Biosix5 yang dihasilkan daripada 100% bahan-bahan semulajadi untuk melegakan kesan gastrik angin dengan mudah. Hanya sapu pada bahagian perut dan biarkan ia meresap ke dalam kulit.

Tanda Sakit Gastrik Angin
KLIK GAMBAR UNTUK INFORMASI LANJUT!

Sekian saja perkongsian kami tentang tanda sakit gastrik angin untuk kali ini. Diharap apa yang dikongsikan ini bermanfaat untuk anda.