Tahukah anda, tanda-tanda gastrik bukan terhad kepada sakit perut sahaja?

Terdapat beberapa tanda lain yang mungkin menjadi indikasi bahawa anda sedang mengalami gastrik.

Jom ketahui tentang tanda-tanda tersebut sebelum terlambat!

Dalam perkongsian kali ini, kami akan jelaskan kepada anda tentang tanda-tanda gastrik dan beberapa perkara yang anda perlu tahu.

.

Apa Itu Gastrik

.

“Gastrik” ini merujuk kepada keadaan di mana berlakunya keradangan atau inflamasi pada lapisan dinding perut anda.

Istilah yang lebih tepat dari segi perubatan adalah “gastritis”, di mana “gastrik” bermaksud perut atau perkara yang berkaitan perut.

Faham kan setakat ini? 

Pada dinding perut anda pula, terdapat satu lapisan mukus yang melindunginya daripada hakisan asid pencernaan.

Hakisan asid pencernaan ini mampu menyebabkan radang atau inflamasi pada dinding perut anda, seterusnya membuatkan anda rasa sakit atau tidak selesa.

Sebab itulah pentingnya kewujudan lapisan perlindungan mukus ini. Jika lapisan mukus ini lemah atau rosak, ini akan memudahkan asid pencernaan untuk menyentuh dinding perut dan mengakibatkan keradangan.

Dalam sesetengah kes, gastrik boleh berlaku akibat jangkitan sejenis bakteria iaitu Helicobacter pylori.

Bakteria ini boleh merosakkan lapisan mukus yang melindungi dinding perut, secara langsung akan mendedahkan ia kepada asid pencernaan.

.

Tanda-Tanda Gastrik

.

Setiap individu yang mempunyai masalah gastrik akan mengalami tanda atau gejala yang berbeza bergantung kepada ketahanan badan individu itu sendiri.

Berikut merupakan tanda yang biasa berlaku kepada penderita gastrik.

.

1. Sendawa berlebihan

.

Keadaan sendawa dengan banyak atau belching ini adalah tindak balas apabila badan anda mengeluarkan udara atau gas berlebihan dalam perut.

Individu yang mempunyai masalah gastrik GERD mungkin akan mengalami sendawa berlebihan kerana refluks asid boleh menyebabkan anda menelan dengan banyak.

Ini juga boleh dikaitkan dengan inflamasi yang berlaku pada dinding perut atau jangkitan bakteria H. pylori.

.

2. Tanda-tanda Gastrik – Sering sakit perut

.

Jika anda kerap berasa sakit perut tanpa punca yang munasabah, anda mungkin sedang mengalami masalah gastrik.

Ini kerana gastrik boleh menyebabkan proses pencernaan makanan yang berlaku dalam perut anda terganggu.

Pencernaan yang terganggu mungkin akan menyebabkan rasa sakit atau senak pada bahagian perut anda.

.

3. Tanda-tanda Gastrik – Muntah darah

.

Antara tanda gastrik yang paling serius adalah muntah yang berserta darah atau cecair hitam.

Ini boleh disebabkan oleh kecederaan teruk pada dinding perut yang berpunca daripada hakisan asid pencernaan.

Jika anda mengalami tanda ini, segera berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut dan rawatan yang lebih profesional.

.

4. Hilang selera makan

.

Dalam istilah medikal, keadaan ini digelar sebagai anoreksia iaitu kehilangan selera makan secara tiba-tiba yang boleh menyebabkan berat badan turun mendadak dan kekurangan zat.

Anda akan berasa loya dan ingin muntah setiap kali selepas makan, menyebabkan selera makan semakin berkurangan.

.

5. Kembung perut

.

Masalah gastrik boleh mengakibatkan udara dan gas terkumpul di saluran pencernaan, di mana ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit pada bahagian perut.

Situasi ini juga boleh mengganggu proses pencernaan makanan jika dibiarkan berpanjangan.

.

Bagaimana Cara Merawat Gastrik

.

Pada kebiasaannya, masalah gastrik boleh dirawat dengan mudah dengan kaedah yang betul.

Terdapat beberapa ubatan yang anda boleh perolehi dengan mudah daripada farmasi berdekatan anda seperti pantoprazole, cimetidine dan magnesium trisilikat.

Ubatan ini boleh memberikan kelegaan yang pantas dan efektif daripada kesakitan gastrik.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan bahan yang terdapat di rumah untuk merawat gastrik secara semulajadi.

Sebagai contoh, anda boleh minum air suam yang dicampur hirisan halia. 

Halia mempunyai sifat anti-radang dan anti-bakteria yang dapat mengurangkan keradangan pada dinding perut di samping melawan jangkitan bakteria H. pylori. Ia juga bagus untuk membuang angin dalam badan.

.

Alternatif Rawatan Gastrik

.

Jika anda mencari cara semulajadi untuk mengatasi masalah gastrik, kami ingin sarankan anda Biosix5.

Tanda-Tanda Gastrik

Produk ini diperbuat 100% daripada bahan semulajadi yang bukan sahaja membantu dalam mengatasi gastrik, malah boleh melegakan pedih ulu hati, sesak nafas dan membuang angin dalam badan.

Sampai di sini sahaja perkongsian kami mengenai tanda-tanda gastrik pada kali ini. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberikan banyak manfaat kepada anda.